For Your Information

blog ini memaparkan post atau cerita pendek mengenai kehidupan remaja zaman sekarang. TIADA KAITAN DENGAN SESIAPA PUN BAGI YANG MASIH HIDUP ATAU PUN YANG TELAH MATI. jikalau mana2 post menyerupai dengan kehidupan sebenar anda.. hanyalah kebetulan.. AMARAN! post2 ini kemungkinan mengandungi tatabahasa yang kurang tepat atau ejaan yang kurang tepat, dilarang sama sekali meniru atau menciplak post2 didalam blog ini kecuali dengan izin kitorang. -Hiy

Sponsors

aku sebuah telefon bimbit..

ingin aku meluah kan apa perasaan aku sebagai sebuah telefon bimbit, bukan karangan rujukan UPSR seperti korang pernah buat dulu... also, jangan ambil karangan ini untuk UPSR, memang cari nahas.. ya.. aku sebuah telefon bimbit.. semestinya berasal dari kilang...... aku dilahirkan disebuah kilang milikkan syarikat Nokia..  yaa.. aku dikenali sebagai Nokia 3310 atau orang utara gelar aku "tiga-tiga sekupang" .   aku dilahirkan atau disempurnakan pada tanggal Februari 2000.. pada masa tu.. harga aku lebih kurang 1.2k bersamaan Rm 1200.. mahal kan? haha..yelakan.. pada waktu tu... perkhidmatan pesanan ringkas(sms) bru diperkenalkan...  pada waktu tu jugak...mana2 telefon yang memiliki function tersebut... merupakan telefon bimbit yang mahal... huh...waktu tu memang aku gembira sangat... sebab telefon bimbit spesis aku memang laris dipasaran... also antara handphone yang termahal dipasaran.... bangga nya...

kemudian aku dikeluarkan dari kilang dan dihantar ke kedai telefon bimbit yang berdaftar... aku diletakkan didalam sebuah tempat yang diseliputi cermin.. aku dipamerkan dihadapan pelanggan yang datang... pelbagai rupa dan latar belakang pelanggan datang... haha... tu la hari-hari aku semasa dikedai... agak bosan la tiap2 hari berada ditempat yang sama bersama spesis aku... aku ingin jugak berada digenggaman manusia... agar aku menjadi bahan berguna untuk manusia... hari berganti hari.. aku masih berada di tempat yang sama... bosan nya... kemudian satu hari... seorang pelanggan lelaki berusia 20-an datang , beliau baru dari lepasan universti dan telah mendapat gaji pertama... hasrat beliau ingin membeli handphone.... aku harap sangat dia memilih aku untuk menjadi handphone beliau....  dan akhirnya...dia membeli ku...seronok tak terhingga... akhirnya lepas jugak aku dari neraka kaca tu,...hahaha...

Yaa... aku sentiasa berada disisi tuan aku, bernama razif, dia sentiasa memegang dan menekan aku.... dia sering membuat panggilan dengan seseorang... iaitu buah hati nya bernama hanis. siang malam tak pernah lepaskan aku, segala suka dan duka , aku yang menjadi orang tengah, yang menghubungkan mereka.. setiap bulan, razif tukarkan baju aku, dengan design terkini pada waktu itu la... disebab kan itu razif tidak pernah jemu dengan aku....

tahun berganti tahun, teknologi semakin canggih, spesies baru telefon bimbit menjadi gilaan pengguna, spesies lama dipinggirkan , yaa, macam tu jugak aku, aku diletakkan semula ke neraka cermin, bersama spesies sezaman dengan aku, kami diasing kan tempat , spesies telefon bimbit baru diletakkan bersama yang baru, manakala yang telah digunakan diletakkan bersama , pada waktu itu(2006), harga aku RM 120, jauh berbeza, berbanding harga aku semasa zaman kelahiran aku dulu... beza RM 1080! yela kan... mana boleh sama kan zaman spesies aku dengan zaman spesies telefon bimbit berkamera kan? tetapi spesies aku masih lagi menjadi kegilaan ramai, sebelum ini, menjadi kegilaan orang yang bekerja, tetapi skg..? menjadi kegilaan kanak2 dan remaja yang masih bersekolah pula.. mungkin sebab harga aku yang murah kot menjadi idaman mereka..

sekali lagi, aku menjadi milik orang... kali ni tuan aku berusia belasan tahun,  aku gembira sangat bila aku masih diterima pengguna walaupun digelar "secondhand". tuan aku kali ni bernama Hafiz.... beliau sering membawaku kemana sahaja dia pergi..... hobi nya ? berkongsi "picture message" dgn kawan... dan juga mengumpul "picture message" yang menarik kedalam aku... 

Tetapi, apabila dia meningkat umur 16, dia mendapat tawaran ke sekolah lain, sejak itu, hidup dia berubah... dia sering keluar lepak bersama rakan sekolahnya sehingga lewat malam.. sejak tu juga, dia sering mengumpul "picture message" yang tidak senonoh kedalam aku... aku dah mula rasa tidak selesa dengan tuan aku... 

suatu hari, ayah hafiz mengambil aku secara diam-diam.. dia membuat "sportcheck" kerana ingin tahu apa yg Hafiz simpan kedalam aku.. Dia terkejut apabila melihat gambar yang tidak senonoh... berada didalam aku....

BERSAMBUNG..............

2 comments: